We've noticed this is not your region.
Redirect me to my region
What do you want to learn today?

HIGH IMPACT PROGRAM - “MyHAPPINESS” KEM PEKERJA BAHAGIA (in English & Bahasa Malaysia)

ENDED
Training by  SSTC Vision Sdn Bhd
Inquire Now
On-Site / Training

Details

PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa menjadi seorang PEKERJA BAHAGIA amatlah penting di dalam sesebuah organisasi. Kebelakangan ini, ramai pekerja tercari-cari bagaimana dan apakah kaedah yang sesuai dan diperlukan untuk menjadi seorang PEKERJA BAHAGIA di tempat kerja masing-masing. Kadang-kadang ketidak-bahagiaan di rumah membawa kepada ketidak-seimbangan emosi di tempat kerja. Peredaran zaman dan masa yang semakin sibuk menjadikan kualiti kehidupan semakin jauh dari kebahagiaan. Stress terutamanya menjadikan kebahagiaan hidup semakin menjauh daripada mereka. Kelemahan mental, fizikal dan emosi serta rohani turut menyumbang kepada penurunan prestasi kerja individu. Secra tidak langsung, ia memberi impak kepada organisasi.

 Keseimbangan antara mental, fizikal, emosi dan rohani amat penting untuk menjadi PEKERJA BAHAGIA. Mereka perlu tahu bagaimana untuk menguruskan keempat-empat kecerdasan ini seterusnya dapat mengawal kehidupan dengan lebih bahagia. Namun ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan dan dikuasai.

 Melalui Kursus MyHAPPINESS, tiga aspek ilmu yang utama yang diiktiraf diperingkat antarabangsa akan diterapkan iaitu, NLP, Language and Behaviour (LAB) Profile dan Hypnosis serta Hypnotherapy. Pendedahan dan penguasaan ilmu di dalam ketiga-tiga bidang ini akan meningkatkan keupayaan seseorang PEKERJA  untuk menjadi seorang yang lebih bahagia, seseorang yang dapat melaksanakan tugasan dengan lebih baik, tahu bagaimana untuk menggunakan minda dengan lebih baik, berupaya untuk memotivasikan diri seterusnya menjadi lebih produktif di dalam melakukan tugas harian mereka.

 “PEKERJA BAHAGIA membentuk organisasi terbilang…”

OBJEKTIF

Di akhir kursus para peserta berupaya untuk:

  • Memahami ciri-ciri pekerja yang bahagia dan seimbang seterusnya mengetahui cara-cara untuk menjadi pekerja yang bahagia dan seimbang
  • Membentuk jatidiri pekerja yang bahagia merangkumi kesihatan mental, emosi, fizikal dan rohani di dalam meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan mereka di tempat kerja;
  • Membentuk satu pasukan yang kuat di organisasi masing-masing dengan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada dan mengetahui cara-cara bagaimana memperkuat dan mengatasi kelemahan;
  • Memotivasikan diri sendiri dan warga kerja yang lain dengan lebih baik dengan mengetahui rahsia “programming” minda separa sedar seseorang individu;
  • Menambah baik proses komunikasi dalaman diri, komunikasi dengan pihak kedua dan organisasi serta pelanggan dengan lebih memahami bahasa dan makna yang digunakan.

Outline

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1: CIRI-CIRI PEKERJA BAHAGIA DAN SEIMBANG

Modul ini akan membicarakan tentang perwatakan dan personality pekerja dengan rakan sepejabat yang melibatkan daya dan cara berfikir mereka, kawalan emosi serta kemantapan rohani setiap individu. Melalui pemantapan ilmu di dalam setiap kecerdasan ini, setiap individu dapat menjadi seorang yang lebih bahagia.

MODUL 2: MEMBENTUK CIRI PEKERJA BAHAGIA (KESIHATAN FIZIKAL)

Di dalam Modul ini, peserta akan diajar senaman-senaman ringkas yang bersesuaian dengan kesibukan pekerjadi tempat kerja masing-masing. Ia meliputi senaman untuk keseluruhan fizikal individu. Di samping itu juga, penyediaan menu sihat untuk amalan seharian turut diajar.

MODUL 3: MEMBENTUK CIRI PEKERJA BAHAGIA (KESIHATAN MENTAL)

Modul ini akan memberi penekanan kepada cara mengenal symptom stress (body symptoms analysis) dan gangguan mental, fizikal, emosi dan spiritual. Teknik-teknik relaxation dan de-stress menggunakan keadah terapi hypnosis dan NLP akan digunakan. Peserta akan juga didedahkan dengan rahsia-rahsia dan hokum-hukum alam untuk kefahaman yang lebih baik.
MODUL 4: MEMBENTUK CIRI PEKERJA BAHAGIA (KEKUATAN ROHANI)
Modul ini membincangkan kekuatan rohani termasuklah Kepercayaan kepada Pencipta, rahsia kepada penciptaan manusia dan apakah sebenarnya tugas-tugas kita di bumi Allah ini. Seterusnya ia akan membincangkan teknik-teknik membina dan memperkukuh kerohanian pekerja agar membentuk peribadi yang bahagia.
MODUL 5: MEMBINA SEMANGAT BERPASUKAN
Membina semangat berpasukan yang kuat amatlah penting di dalam membina kekuatan organisasi. Ia termasuklah kepimpinan, komunikasi, semangat berpasukan dan setiakawan di dalam pejabat. Komunikasi mesra dengan ahli keluarga juga amatlah perlu dan penting.
Reviews
Be the first to write a review about this course.
Write a Review

About Us

SSTC Vision Sdn Bhd Training is a Black Empowerment Consultancy specializing in learning programmes and training for the development of personal and organizational efficiency and effectiveness. The company is directed atservices to Business, Government and Institutions that wish to enhance their Human Capital.

Our expertise it’s come from various experiences Academician which is from University and also industry. Our Training centre work closely with the university and also the government agency in Malaysia.

With our past and current experience dealing with the group from various country, We are strongly confident to make a full package education-visit to Malaysia.

SSTC Training

Offers a variety of services tailored to each client. The company provides specialized expertise allowing the client's HR Department to support the organization’s strategic objectives.

TRAINING FOCUS ON

Facilitation

Forefront Training focuses on behavioral skills training for efficiency and effectiveness, for any service industry. The company offers organizations a reliable, high-quality alternative to in-house training for business development, market development and people development. We provide individual coaching for the acquisition of specific skills. ...

Sending Message
Please wait...
× × Speedycourse.com uses cookies to deliver our services. By continuing to use the site, you are agreeing to our use of cookies, Privacy Policy, and our Terms & Conditions.